disember 2013
Perancangan rapi telah dibuat untuk menyambut konvokesyen aku di uum. Along sangat bersemangat untuk menyambutnya. Bajunya siap di buat khas untuk pergi ke majlis aku. Dia juga telah mebuat banyak persiapan untuk menyambut kedatangan adik beradik kami ke rumahnya.
Saat telefon berdering,mendengar khabaran bahawa along telah jatuh sakit yang tidak dapat dikenal pasti penyakitnya. Awalnya, along Hanya pergi berubat secara akupuntur sahaja, kerana perubatan cara itu lebih berkesan. Hari demi hari masih tiada perubahan pada along,malah ia semakin teruk berjangkit ke tempat lain.
Lalu tibalah hari sepatutnya aku bergembira,mengambil sekeping ijazah dalam sarjana pentadbiran muamalat universiti utara malaysia. Peristiwa yang sangat tragis sekali apabila along sanggup datang mengheret kakinya ke dewan konvokesyenku. Along teringin sangat melihat adik bongsunya ini naik kepentas menerima sekeping ijazah.
Ketibaan along tidak diketahui oleh abang dan kakak yang lain, kerana mereka semua sudah bergerak ke langkawi untuk meneruskan percutian. Selepas habis majlis konvokesyen, aku berjumpa dengan along. Sedih melihat keadaannya yang begitu. Tangan tidak dapat bergerak,kaki pun begitu juga. Allah, ujianmu untuk hambamu yang layak sahaja (tedetik dalam hatiku ini). Langit sudah menunjukkan kegelapannya,matahari sudah terbenam, aku menghabiskan sisa waktu yang ada untuk bergambar bersama rakan perjuangan dan pensyarah. Selepas itu kami merancang untuk tidur di univ inn. Alhamdulillah masih punyai kekosongan bilik,tetapi di tingkat atas mujur along dapat memanjat tangga untuk keatas. Kami bermalam disana dengan tenangnya..

No comments:
Post a Comment